ARTIKEL

Google mohon maaf, silap siar kadar pertukaran dolar AS kepada ringgit

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Google Malaysia menerusi hantaran di laman X menulis: “Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit untuk membetulkan kesilapan itu.

“Isu itu kini telah diselesaikan dan kami mohon maaf atas sebarang kekeliruan yang timbul.”

Pada 15 Mac, Google menyiarkan kadar pertukaran AS$1 kepada RM4.98, yang tidak tepat di laman kewangannya.

Google juga pernah menyiarkan data kadar pertukaran dolar AS kepada ringgit yang juga tidak tepat pada 6 Februari lepas.

Google meminta warganet merujuk sumber rasmi seperti Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan berkaitan kewangan.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti berhubung data tidak tepat berkaitan kadar pertukaran ringgit mencecah RM4.98 seperti dipaparkan Google.

Menerusi hantaran di Facebook rasminya pd 16 Mac, Fahmi memaklumkan kadar terkini ringgit berbanding AS$1 ialah RM4.70. 

BNM turut menolak data tidak tepat berkaitan kadar pertukaran mata wang tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU