Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (Ikmas) mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk secara gotong-royong pada Ramadan setiap tahun.
Aktiviti ini disertai oleh warga Ikmas seawal 9.30 pagi bertempat di Ruang Legar Koperasi Lan Taboor, Ikmas Kampus 1.
Warga Ikmas terlibat memulakan tugas masing-masing bermula daripada proses penyediaan bahan sehinggalah proses pembungkusan makanan.
Agihan bubur lambuk tersebut dilakukan di ruang legar koperasi Ikmas.
Program ini bukan sahaja dapat merapatkan ukhuwah dan persaudaraan dalam kalangan warga Ikmas, malah ia memberi peluang menambah amalan pahala sempena Ramadan.