ARTIKEL

Facebook Anwar Ibrahim

GPS, Abang Johari main peranan penting pastikan kestabilan Kerajaan Perpaduan – Anwar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan sambutan ulang tahun pertama beliau menerajui Kerajaan Perpaduan dengan merakamkan ucapan terima kasih kepada GPS dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg kerana menyokong beliau bagi memastikan kestabilan politik negara.


Bercakap pada majlis makan malam gala Forum Perniagaan Muslim Global (GMBF) pada malam Selasa, Anwar berkata sokongan itu membolehkan beliau mengemudi Malaysia ke arah memperkasa ekonomi dan melakar kemajuan masa depan negara.


“Saya hanya ingin menyatakan yang saya tidak boleh mengabaikan hakikat bahawa Premier Tan Sri Datuk Patinggi Abang Johari dan GPS memainkan peranan penting dalam hal ini,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU