ARTIKEL

GPS akan bantu PRN di enam negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan membantu Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri di Semenanjung Malaysia.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagaimanapun berkata, pihaknya akan mengadakan mesyuarat terlebih dahulu bagi membincangkan perkara itu dalam kalangan parti komponen GPS.

“Kami membantu, tetapi dengan cara apa kami bantu, ia akan dibincangkan dalam mesyuarat GPS kelak.

“Saya telah menghadiri mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 11 Julai.

“Oleh itu, saya perlu sampaikan kepada rakan-rakan dalam GPS terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada GPS akan menghulurkan bantuan kepada Kerajaan Persekutuan bagi menghadapi PRN enam negeri di Semenanjung Malaysia.

Abang Johari, yang juga pengerusi GPS seterusnya berkata dengan Datuk Seri Fadillah Yusof sebagai Timbalan Perdana Menteri, GPS perlu menghulurkan bantuannya.

“Kami terpaksa membantu. Ia akan menjadi kerajaan kepada kerajaan,” ujarnya.

Terdahulu pada 2 Julai lalu, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap agar GPS akan membantu enam PRN di Semenanjung Malaysia.

Sementara itu, hari pengundian bagi PRN negeri Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, dan Negeri Sembilan akan diadakan pada 12 Ogos. 

BERITA LAIN

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu