ARTIKEL

Fadillah bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Stakan Datuk Hamzah Brahim di Pusat Khidmat DUN N17 Stakan, di sini, hari ini.

GPS belum putuskan pembabitan dalam kempen PRK Kuala Kubu Baharu di Selangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Gabungan Parti Sarawak (GPS) belum memutuskan untuk terlibat dengan kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu di Selangor yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya tidak mahu komen, belum ada arahan yang diterima setakat ini.

“Kita tunggu dahulu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri ADUN Stakan Datuk Hamzah Brahim di Pusat Khidmat DUN N17 Stakan di sini, hari ini.

Untuk rekod, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) pada 21 Mac lepas.

DAP akan mengumumkan calon yang bakal mewakili Pakatan Harapan (PH) pada Rabu depan.

Sementara itu, majlis yang berlangsung hingga jam 3 petang itu tadi juga dihadiri kira-kira 5,000 tetamu pelbagai bangsa dan agama.

Fadillah turut menyempurnakan penyerahan geran secara langsung kepada 68 penerima yang terdiri daripada badan bukan kerajaan (NGO), termasuk masjid, surau dan rumah ibadat, di kawasan Stakan.

(Belakang dari kiri) Hamzah, Fadillah Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar, merakam kenangan bersama para penerima sumbangan geran.

BERITA LAIN

Potensi ekonomi pelancongan kulinari, gastronomi

KUCHING: Gastronomi melalui inovasi kepelbagaian kulinari tradisi tempatan merupakan salah satu medium yang mampu menyokong pertumbuhan ekonomi mampan Sarawak di peringkat dunia. Timbalan Menteri Pelancongan,

BERITA TERBARU

Gara-gara panik, suri rumah rugi sekitar RM100,000

KOTA SAMARAHAN: Seorang suri rumah mengalami kerugian sekitar RM100,000 selepas terpedaya dengan panggilan penipuan oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis. Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk