ARTIKEL

Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

GPS cadang empat kerusi DUN baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat kerusi DUN baharu dicadangkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) melibatkan tiga kawasan Parlimen iaitu Kanowit, Kapit dan Ulu Rejang.

Menurut Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, perkara tersebut telah dibincangkan beberapa kali dalam kalangan wakil GPS.

“Kami bersetuju bahawa empat kerusi DUN baharu akan dicadangkan.

“Tiga kawasan Parlimen (Kanowit, Kapit dan Ulu Rejang) mempunyai kawasan yang sangat besar, justeru dicadangkan empat kerusi baharu dalam kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Pelancaran Projek Anak Angkat Kampung Madani di Rumah Panjang Nanga Engkuah, Isnin.

Berita penuh dalam epaper percuma : https://stssapp.com/

BERITA LAIN

BERITA TERBARU