ARTIKEL

GPS hormati UMNO, pohon pengampunan diraja untuk Najib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghormati tindakan Majlis Tertinggi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) memohon pengampunan diraja untuk bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata di sebalik usaha yang dilakukan oleh UMNO, masih terdapat prosedur yang perlu dipatuhi untuk mendapatkan pengampunan tersebut.

“Parti boleh merayu untuknya, tetapi prosedur yang ditentukan oleh undang-undang akan menentukan sama ada beliau diampunkan atau tidak. Ia hak UMNO untuk mendapatkan pengampunan tersebut dan kami (GPS) menghormatinya.

“Secara keseluruhannya, kita serahkan kepada proses dan prosedur sama ada beliau akan diampunkan atau tidak,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program Rewang Kampungku Lit Nexgen Petra Jaya di Surau Darul Ikhwan, Kampung Semerah Padi di sini, sebentar tadi.

Tambah Fadilah, apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO tidak ada kaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

“Kerajaan dan parti berbeza. Kami (kerajaan) fokus kepada matlamat dan konsep Malaysia Madani. Apa yang kerajaan perjuangkan dan apa yang diperjuangkan parti adalah dua perkara berbeza,” katanya memberi jaminan.

Untuk rekod, dilaporkan Majlis Tertinggi UMNO akan meminta Yang di-Pertuan Agong mempertimbangkan pemberian pengampunan diraja kepada Najib, yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di penjara Kajang.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, majlis tertinggi sebulat suara bersetuju untuk menghadap Raja bagi menyampaikan memorandum menggesa Najib diampunkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

‘Strongman Challenge’ tarik minat orang awam

KUCHING: Penganjuran pertandingan ‘Strongman Challenge’ dapat menggalakkan gaya hidup sihat dan minda yang kuat dalam kalangan anggota polis serta orang awam. Komandan Pulapol Kuching, SAC