ARTIKEL

GPS perlu kekal kerjasama, tumpu pembangunan Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) perlu mengekalkan kerjasama dan menumpu kepada pembangunan negeri, di samping memainkan peranan penting dalam memastikan pentadbiran Kerajaan Perpaduan terus fokus kepada pembangunan negara.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata banyak yang perlu dilakukan oleh GPS dalam memacu pembangunan Sarawak ke arah 2030, yang pastinya bakal berdepan pelbagai cabaran yang muncul pada tahun-tahun mendatang.

“Apa yang penting, marilah kita menjadikan Sarawak sebagai hab di rantau ini dan langkah pertama adalah untuk kita memperkukuh kekuatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam Kelab Penyokong GPS yang diadakan sejurus selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Sementara itu, Abang Johari menyifatkan tiga undang-undang yang diluluskan dalam persidangan DUN akan menjadi ‘game changer’ kepada Sarawak, yang bakal menambahkan lagi kekuatan fiskal Sarawak untuk terus menambah nilai kepada sumber yang ada di Bumi Kenyalang.

Katanya tiga undang-undang itu ialah Rang Undang-Undang (RUU) Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Gas Rumah Hijau) 2023, RUU Pengagihan Gas (Pindaan) 2023 dan RUU Elektrik (Pindaan) 2023.

“Diharapkan pada tahun 2024, kita dapat memecahkan lagi rekod hasil yang diperolehi dalam tahun 2023 dan saya yakin ini mampu dicapai,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta