GPS tandingi semua kerusi

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di semua 82 kerusi Dun pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN 12) akan datang, kata Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.

Katanya, pendirian GPS tetap tidak berubah walaupun keputusan diserahkan kepada GPS untuk menentukan sama ada membenarkan atau tidak calon daripada Perikatan Nasional (PN) terutama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk bertanding.

“Sudah banyak kali dikatakan bahawa GPS akan bertanding di semua 82 kerusi,” katanya dalam catatan Facebook.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 05 Apr 2021

Suara Sarawak