ARTIKEL

GPS terus berjuang demi rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Batu, Johnny Pang Leong Ming berharap rakyat Sarawak terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Beliau berkata, ia penting untuk memastikan GPS terus berjuang demi kepentingan rakyat Sarawak terutama dalam usaha mengembalikan hak Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau turut merayu penduduk di kawasan DUN Tanjong Batu untuk meletakkan kepercayaan kepada beliau untuk membawa suara mereka kepada pihak Kerajaan Sarawak.

Tambahnya, beliau akan berusaha sebaik mungkin ke arah matlamat menjadikan Bintulu sebagai bandar yang lebih baik dan sejahtera pada masa depan.
“Sepanjang 2023, kita melihat Kerajaan Sarawak melaksanakan usaha tidak berkesudahan di bawah kepimpinan Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Saya percaya Kerajaan Sarawak akan terus berusaha sebaik mungkin dengan sokongan padu daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya semalam.

Pang berkata, semasa persidangan Dewan Undangan Negeri November baru-baru ini, dua rang undang-undang diluluskan iaitu Rang UndangUndang Ombudsman Sarawak 2023 dan Rang Undang-Undang Alam Sekitar (Pengurangan Pelepasan Rumah Hijau) 2023.

“Selain itu, Abang Johari, dalam ucapan penggulungannya mengumumkan cadangan untuk menambah bilangan kerusi parlimen khususnya bagi negeri Sarawak.

“Kerajaan Sarawak juga komited untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma di semua institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri bermula 2026,” ujarnya.
Menurutnya, pertumbuhan kewangan negeri ini menunjukkan hasil positif dengan Sarawak berjaya memperoleh hasil sebanyak RM13.1 bilion bagi 2023.

“Kestabilan tadbir urus meningkatkan keyakinan untuk menarik minat pelabur asing dan tempatan yang berpotensi untuk meneruskan aktiviti ekonomi,” jelasnya.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta