ARTIKEL

GPS tidak terlibat kempen PRN enam negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

    KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal dengan pendirian untuk tidak terlibat dalam mana-mana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung membabitkan enam buah negeri di Semenanjung.

    Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof menegaskan, pihaknya sememangnya berkecuali daripada konteks terbabit sejak dahulu lagi dan hanya memfokuskan perkara berkaitan kepentingan rakyat di Sarawak.

    “Kita memperjuangkan kepentingan Sarawak dan pada masa sama menyokong di peringkat Persekutuan untuk dibentuk kerajaan stabil, jadi itulah prinsip yang dipegang pada waktu ini.

    “Dalam konteks ini, GPS sudah ada pendirian tidak terlibat dalam mana-mana PRN lain dari dulu lagi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis My Kasih Love My Neighbourhood di Dewan Malaysia Jaya, Petra Jaya, hari ini.

    Tegasnya, beliau selaku Menteri Perladangan dan Komoditi bersama barisan menteri kabinet lain serta timbalan menteri di dalam Kerajaan Perpaduan tetap akan melaksanakan program kementerian masing-masing, bukannya berkempen.

    PRN enam negeri itu melibatkan Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.

    NOTIS TENDER

    BERITA LAIN

    Kuching, Sri Pahang kongsi mata

    KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

    Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

    SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

    BERITA TERBARU

    Kuching, Sri Pahang kongsi mata

    KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan