Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

GPS umum calon apabila hampir hari penamaan calon

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Semua calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) akan diumumkan apabila hampir hari penamaan calon.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pemimpin-pemimpin parti komponen GPS akan bermesyuarat terlebih dahulu sebelum pengumuman calon dibuat.

“Selepas mesyuarat baru saya akan umum calon,” katanya ketika ditemu-bual selepas Majlis Perasmian Batu Kawah Riverbank Park di sini, hari ini.

Beliau menambah masih terlalu awal untuk mengumumkan calon pada masa ini, walaupun PRN-12 semakin hampir.

“Sekarang tidak sesuai (untuk mengumumkan calon), lagipun Dewan Undangan Negeri (Dun) baru dibubarkan,” katanya.

GPS terdiri daripada empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Difahamkan, GPS bakal menampilkan kira-kira 25 muka baharu pada pilihan raya kali ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Siapa diktator?

BARU-BARU ini bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa