ARTIKEL

GPSS tidak ketinggalan hulur bantuan kepada golongan sasar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Golf Persaudaraan Sarawak Semenanjung (GPSS) turut prihatin dan tidak ketinggalan untuk menyumbang bakti kepada golongan memerlukan di negeri ini.

Malah, kumpulan sasar yang terpilih dibantu dalam usaha mencapai keterangkuman sosial, sekali gus meringankan beban mereka terutama menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengerusinya Ikhwan Zaidel berkata, tahun ini GPSS menyampaikan sumbangan berjumlah RM7,000 kepada kumpulan sasar, secara tidak langsung merupakan tahun ketiga pelaksanaan pemberian sumbangan tersebut.

Katanya, bantuan itu bertujuan meringankan beban penerima pada Ramadan dan membantu mereka untuk sambutan perayaan Aidilfitri akan datang.

“Justeru ia akan diagihkan kepada golongan memerlukan sempena Ramadan serta Hari Raya bermula hari ini (semalam) dan selewat-lewatnya Isnin nanti,” katanya kepada Suara Sarawak selepas mengagihkan wang itu kepada ahli jawatankuasa aktif GPSS, di IBZ Corporation di sini, semalam.

Pada masa sama, Ikhwan memberitahu usaha mengumpul dana bagi membantu golongan memerlukan menjadi kebiasaan ahli GPSS saban tahun.

GPSS katanya, adalah sebuah kumpulan ditubuhkan oleh 40 orang ahli yang meminati sukan golf dari Sarawak dan Semenanjung Malaysia.

“Kebiasaanya kami akan mengumpul sedikit wang untuk mengadakan aktiviti amal apabila  bertemu ketika bermain golf, seterusnya agihkan kepada golongan memerlukan apabila tiba masanya,” katanya

BERITA LAIN

Aseh harap isu ‘surat layang’ segera diselesaikan

PETALING JAYA, Selangor: Jawatankuasa Integriti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berharap isu ‘surat layang’ dapat dinoktahkan segera selepas siasatan terhadap dua dakwaan salah guna kuasa melibatkan

BERITA TERBARU

New Delhi catat suhu 52.3 darjah Celsius

NEW DELHI: Suhu harian di ibu negara India, New Delhi melonjak ke paras tertinggi sepanjang masa pada Rabu. “Stesen cuaca Mungeshpur di Delhi hari ini

Bernama menangi anugerah laporan berita terbaik

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) memenangi Anugerah Media Cetak dan Portal Berita (Laporan Berita Terbaik) pada majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di sini