ARTIKEL

Pelajar baharu melafazkan ikrar pada majlis penutupan hari suai kenal pelajar sesi 1 2023/2024 di Sarikei, semalam.

Graduan Kolej Komuniti Sarikei memiliki kebolehpasaran tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARIKEI: Kolej Komuniti Sarikei tetap fokus dalam memperkasakan usaha bagi memastikan graduan yang dihasilkan menepati keperluan semasa industri.

Pengarahnya, Norasmah Jaafar berkata bahawa langkah proaktif itu menunjukkan perkembangan positif apabila mendorong peningkatan penyertaan pelajar khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Malah katanya, peratusan pelajar baharu Kolej Komuniti Sarikei tahun ini turut menunjukkan peningkatan terutama bagi jurusan sijil kulinari, sijil sistem komputer dan rangkaian.

“Namun, pengambilan pelajar baharu untuk sesi perdana masih dibuka untuk Kolej Komuniti Sarikei cawangan Sibu bagi program sijil pengembaraan pelancongan hingga 21 September nanti.

“Tahun ini nampaknya ada sedikit perubahan iaitu ramai pelajar yang mendaftar untuk Sijil Kulinari sehingga mencapai pendaftaran sebanyak 105 peratus manakala, Sijil Komputer dan Rangkaian pula 85 peratus berbanding kebiasaannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada media selepas menyempurnakan majlis penutupan hari suai kenal pelajar sesi 1 2023/2024 di Sarikei, semalam.

Dalam pada itu, pencapaian graduan Kolej Komuniti Sarikei termasuk cawangannya di Sibu amat membanggakan berdasarkan kajian kebolehpasaran yang melebihi 90 peratus tahun lalu.

Baca lain  Tidak perlu wujudkan kasino di Sarawak - Presiden PBK

Data itu termasuk sebanyak 76 peratus yang telah mendapat pekerjaan dan selebihnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU