ARTIKEL

Graduan pertanian disaran jadi usahawan, bukan hanya kerja makan gaji

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Para graduan lepasan Institut Pertanian Sarawak (IPS) disarankan menceburi bidang keusahawanan dengan menetapkan minda bahawa kemahiran yang diperoleh bukan hanya untuk bekerja makan gaji.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Sri Stephen Rundi Utom berkata, sebaliknya mereka harus memanfaatkan kemahiran diperoleh semasa belajar di IPS dengan mengusahakan perusahaan pertanian atau industri asas tani.

“Saya menyeru agar para graduan hari ini berusaha untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam meningkatkan keterjaminan makanan serta mencapai aspirasi Sarawak menjadi komuniti tani berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.

“Saya yakin kebanyakan para graduan hari ini mempunyai tanah keluarga yang boleh diusahakan dengan perusahaan pertanian atau industri asas tani.

“Peluang sudah ada didepan mata dan terpulang kepada anda untuk bertindak secara proaktif, memantapkan diri serta menjadi insan berdaya saing atau terus berpeluk tubuh dalam zon yang selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail pada Majlis Konvokesyen Ke-18 IPS, Jabatan Pertanian Sarawak di Pusat Konvensyen Penview, di sini, hari ini.

Beliau turut menyeru semua agensi di bawah Jabatan Pertanian Sarawak untuk saling melengkapi serta bekerjasama dengan IPS bagi mengenal pasti graduan yang layak menjadi peserta projek-projek pembangunan pertanian Kerajaan Sarawak.

“Di samping dapat menyumbang kepada peningkatan pengeluaran hasil dan seterusnya menjamin keselamatan keterjaminan makanan negeri Dasar Agromakanan Negara 2.0 dan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan para pelajar untuk tidak ketinggalan mempelajari pengetahuan dan kemahiran berkaitan teknologi seperti pemasaran digital, robotik dan analisa data sejajar perkembangan Revolusi Industri 4.0.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa