ARTIKEL

Graduan politeknik peneraju ke arah Revolusi Industri 4.0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Graduan politeknik merupakan peneraju latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional (TVET)  ke arah Revolusi Industri 4.0 di negara ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Industri Politeknik Kuching, Datuk Dr Ir. Mohd Abdul Karim Abdullah.

Beliau berkata graduan politeknik mempunyai kemahiran yang menyeluruh dan menepati kehendak industri masa kini kerana sepanjang pengajian, mereka didedahkan dengan tuntutan alam pekerjaan yang sebenar.

“Ini adalah hasil daripada usaha bersepadu antara politeknik dan pihak industri dalam membangunkan tenaga kerja yang lebih kompeten serta berdaya saing,” katanya.

Beliau, yang juga merupakan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Serba Dinamik Holdings Berhad, berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sebuah bas untuk kegunaan logistik Politeknik Kuching di sini, hari ini.

Sumbangan bas berkenaan adalah sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu. Mohd Abdul Karim menyerahkan kunci bas berkenaan kepada pengarah politeknik berkenaan, Jamaliah Ahmad. – Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat