FILEM keluaran terbaharu Playstation Productions iaitu Gran Turismo merupakan fi lem yang diadaptasi daripada kisah benar. Lebih menarik, babak dalam fi lem ini banyak menggunakan Computer-generated imaginary (CGI) kelihatan menakjubkan.
Filem Gran Turismo mengisahkan pemain pemainan video yang menyimpan impian untuk menjadi pelumba. Pemuda lelaki bernama Jann Mardenborough (Archie Madekwe) merupakan pemain profesional Gran Turismo yang memasang impian untuk menjadi pelumba sebenar.
Bagaimanapun, bapanya Steve (Djimon Hounsou) berpendapat bahawa hobi Jann adalah mustahil untuk menjamin masa depan dan boleh dikatakan membazir masa. Impian Jann mula cerah apabila Nissan dan eksekutif pemasarannya, Danny Moore (Orlando Bloom) memutuskan mewujudkan GT Academy yang menukar pemain Grand Turismo terbaik dunia menjadi pemandu perlumbaan sebenar.
Moore turut mendapat bantuan Jack Salter (David Harbour) bekas pemandu perlumbaan yang melatih peserta akedemi ini menjadi pelumba profesional sebenar.