KUCHING: Hari pertama saingan juara antara juara Liga Sepak Takraw Kenyalang (KSL) 2021 di Gelanggang Pelbagai Guna SSC, Petra Jaya petang tadi berlangsung rancak.
Selesai empat perlawanan pertama peringkat kumpulan yang turut menyaksikan dua mata mudah berjaya diperoleh regu dari zon berbeza.
Regu pilihan Zon Kuching, Sanjung Etika meraih kemenangan mudah (2-0) keatas Lubok Labang (Zon Sibu).
Diikuti kemenangan (2-1) satu lagi regu dari Zon Kuching, Mypham 25 keatas Mypham 25 iaitu regu dari Zon Mukah.
Sementara itu, turut berjaya meraih dua mata penuh ialah regu Mozastick dari Zon Miri yang menunpaskan Anibest A dari Zon Sri Aman (2-0).
Di samping, kemenangan (2-0) diperolehi PDRM regu dari Zon Miri keatas Azam 1 dari Zon Mukah.
Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) Hasweera Hassan memberitahu, perlawanan peringkat kumpulan diteruskan esok.
Menurut Hasweera, lapan perlawanan peringkat kumpulan berlangsung sehingga lewat petang esok.
Aksi suku akhir yang akan berlangsung pada sebelah malam.