ARTIKEL

IKTIRAF...Guru Besar SK Assun Churchill Frank Matop (kanan) menyampaikan sijil penghargaan kepada GRP yang diwakili Jerenang Jawa (kiri).

GRP penuhi janji, sumbang 60 bangku plastik untuk sekolah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PAKAN: Gerempung Raban Pakan (GRP) telah menepati janji apabila menyumbangkan sebanyak 60 buah bangku plastik untuk kegunaan pelajar dan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Assun, Lubok Lemba Ulu Sarikei.

Menurut pengerusi GRP, Jerenang Jawa, sumbangan bangku berkenaan merupakan satu inisiatif badan bukan kerajaan (NGO) tersebut dalam membantu masyarakat.

Ini merupakan usaha yang dilakukan oleh GRP dalam memberikan sumbangan kepada sekolah lebih-lebih lagi konstituensi di Pakan.

“Perkara menyumbangkan bangku ini telah saya nyatakan dalam ucapan saya pada 11 Mei 2024 ketika Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak GRP dan turut dipersetujui semua exco serta ahli GRP.

“GRP ada mendengar rintihan daripada pihak sekolah berkenaan bangku yang masih kurang dan kami (GRP) berjanji memberikan mereka bangku plastik.

“Janji tersebut kita penuhi dan ianya merupakan hasil daripada penjualan meja pada makan malam tersebut bagi digunakan untuk membeli bangku.

“Semua sedia maklum bahawa GRP tidak seperti NGO yang lain iaitu mengalami kekangan kewangan, tetapi masalah tersebut tidak mematahkan semangat GRP berbakti kepada rakyat,” kata Jerenang.

TERIMA KASIH GRP…Barisan pelajar dan guru SK Assun merakamkan kenangan bersama exco GRP.

Katanya lagi, bagi membantu masyarakat di Pakan walau berdepan isu kekangan kewangan, GRP sentiasa berusaha melakukan yang termampu dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri serta dana juga adalah hasil kemurahan hati ahli.

Ujarnya lagi, keutamaan rakyat merupakan asas GRP ditubuhkan dan ianya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak iaitu GRP bebas menjalankan tugas membantu masyarakat tanpa dikuasai orang lain.

“GRP adalah milik rakyat Pakan dan kita akan sentiasa membantu setakat mana yang mampu dan juga bergantung kepada sumber kewangan GRP,” tegas Jerenang.

SAYA SAIN…Jerenang Jawa menandatangani buku pelawat sambil diperhatikan Churchill Frank Matop.

Jerenang berharap agar sumbangan tersebut dapat membantu pihak sekolah mengurangkan bebanan berkaitan bangku kegunaan pelajar dan guru.

“Terima kasih kepada warga SK Assun yang diketuai oleh Churchill Frank Matop selaku Guru Besar dan Merundi Budit iaitu Yang Dipertua PIBG kerana menyambut kedatangan kami,” tambah Jerenang.

Turut serta bersama Jerenang menghantar sumbangan ialah Johny Banyang (Timbalan Setiausaha), Lo Teck Hua (Exco Kebudayaan), James Jetif Sikos (Exco Kesihatan dan Keselamatan) dan Rubiana Layau (Ahli GRP).

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU