ARTIKEL

Jerenang Jawa

GRP perlu dana untuk jalan aktiviti komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

PAKAN: Gerempung Raban Pakan (GRP) akan mengadakan beberapa aktiviti bagi terus menyalurkan sumbangan bakti kepada komuniti setempat.

Pengerusi GRP, Jerenang Jawa dalam satu kenyataan mengatakan, pelbagai aktiviti telah dirangka dan akan dilaksanakan untuk menggerakkan GRP bagi mencapai misi penubuhannya.

“Kita sedia maklum, bahawa GRP telah menginjak usia matang iaitu lapan tahun sejak penubuhannya.

“Oleh itu, kita telah merangka pelbagai aktiviti untuk persatuan ini agar sentiasa memberikan sumbangan bakti kepada masyarakat di Pakan.

“Walaupun kita tiada dana yang mencukupi, tetapi dari sumbangan idea dan motivasi kita akan berikan,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco GRP Bilangan 01/2024.

Jelasnya lagi, antara aktiviti yang bakal dilaksana ialah Motivasi Pendidikan, Kempen Kesihatan dan Hari Keluarga GRP.

Tambahnya lagi, GRP turut merangka aktiviti Makan Malam Pra-Gawai Dayak yang merupakan satu platform untuk GRP mencari dana bagi meneruskan persatuan ini dapat bergerak.

“Walaupun sedikit aktiviti yang dirangka, tetapi ini adalah aktiviti yang dapat dibuat berdasarkan kepada kemampuan kewangan GRP.

Baca lain  Warga emas hilang di Kampung Taee

“GRP memang tiada bantuan dana daripada pihak lain untuk dijadikan sumber kewangan.

“Buat masa ini, GRP pernah menerima bantuan daripada pihak ROS dan SEB.

“Jadi saya mewakili seluruh warga GRP mengucapkan terima kasih kepada kedua dua agensi berkenaan yang sentiasa ringan tulang dalam membantu persatuan.

“Jadi cara lain untuk GRP mencari dana ialah dengan menganjurkan majlis makan malam melalui penjualan meja.

“Di sini saya merakamkan terima kasih juga kepada NGO dan individu yang sentiasa menyokong GRP ,” ujarnya.

BERITA LAIN

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,

Tiga buruh ditahan positif dadah

MUKAH: Polis Mukah terus membendung aktiviti penyalahgunaan dadah dengan tangkapan tiga lagi lelaki tempatan dalam satu operasi di Jalan Selangau Mukah, semalam. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,