ARTIKEL

Guna AI rangka untuk hasilkan dasar tangani perubahan iklim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Persidangan Asia untuk Haiwan (AFA) harus menggunakan kecederdasan buatan (AI) dalam menghasilkan satu dasar ke arah masa hadapan, berhubung perubahan iklim.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, AFA serta organisasi yang lain harus melihat AI untuk membantu dalam mencari alternatif bagi menangani ancaman perubahan iklim.

Katanya, teknologi tersebut akan mempercepatkan serta membolehkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendekatan yang lebih holistik dan singkat dalam merangka dasar dan undang-undang yang lebih baik.

“Teknologi AI mungkin tidak dapat menggantikan dan bersaing dengan kemahiran manusia, tetapi AI boleh membantu dan memudahkan.

“Kita perlu praktikal pada masa ini, jadi saya fikir AFA mesti mula menggabungkan semua ini (AI), membaca data dan lihat bagaimana anda boleh melakukannya,” katanya berucap pada majils makan malam Persidangan Afa Sarawak 2023 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini malam tadi.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, teknologi AI kini secara perlahan-lahan mula menjadi sebahagian dalam kehidupan manusia.

Justeru katanya, AFA dan lain-lain organisasi perlu melihat kepada kebajikan manusia dan haiwan kerana perubahan iklim akan mula memberi kesan kepada kehidupan.

Jelasnya, perubahan iklim akan memberi kesan sekiranya tiada tindakan selanjutnya diambil bagi menangani masalah tersebut.

AFA 2023 bertemakan “Pendidikan dan Pengelibatan Membawa Perubahan”, menyaksikan seramai 400 delegasi dan 82 pencerarmah dari 23 negara.

Turut hadir, Presiden Asia for Animals Coalition Dave Neale, Presiden Persatuan Mencegah Kezaliman Terhadap Haiwan Sarawak (SSPCA) Datin Dona Drury Wee, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (JPVS) Dr Adrian Ambud Susin dan Penganjur Persidangan Gracie Geikie.

LAIN-LAIN BERITA

Jasa Tun Taib tidak terhad di peringkat negeri

Yang Dipertua Yadim, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus terkenang jasa Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud yang pernah menjadi Menteri

24 mesin hemodialisis baharu diagih ke seluruh Sarawak

KOTA SAMARAHAN: Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak memperuntukkan sebanyak 24 buah mesin hemodialisis yang bernilai RM987,600 dalam usaha memperkasakan rawatan pesakit buah pinggang di negeri ini.

BERITA TERBARU

162 kluster SPOC terima persijilan MSPO

KENINGAU: Sebanyak 162 Kluster Minyak Sawit Mampan (SPOC) melibatkan 177,355 pekebun kecil sawit persendirian (PKP) berjayamemperoleh Persijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) di bawah seliaan

Anak lambat bercakap

ANAK saya belum bercakap. Kenapa si kecil saya tidak bercakap? Berapa banyak perkataan yang sepatutnya dikeluarkan oleh kanak-kanak berumur dua tahun? Gejala anak lambat bercakap

Rayuan ibu Navalny dapat perhatian

MOSCOW: Sebuah mahkamah di Rusia, Far North bakal mendengar kes pada bulan depan yang dibawa oleh ibu kepada pemimpin pembangkang, Alexei Navalny, yang dihalang daripada

M’sia, Kanada perkukuh kerjasama pertanian

KUCHING: Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPK), Datuk Arthur Joseph Kurup menerima kunjungan kehormat daripada Menteri Pertanian dan Agrimakanan Kanada, Lawrence MacAulay pada Selasa,