NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Guna media sosial, salur maklumat semasa situasi banjir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Rosey Yunus dan Lukanisman meninjau keadaan banjir.

SIBUTI: Platform media sosial seperti Whatsapp dan Facebook dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengemas kini keadaan banjir semasa agar maklumat dapat disampaikan segera kepada pihak berkaitan.

Penyandang kerusi Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata, beliau juga menasihati pasukannya untuk mengambil gambar sebagai bukti agar mudah untuk dihantar kepada pihak Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi mendapatkan bantuan segera.

“Bilik operasi Subis juga beroperasi selama 24 jam. Dalam pada itu, kita tidak menjangka bahawa beberapa kawasan sering banjir tidak terjejas pada kali ini.

“Fokus kini tertumpu kepada kawasan sekolah yang terjejas dinaiki air dan kerja-kerja pembersihan akan dilakukan,” katanya kepada Suara Sarawak.

Sementara itu, beliau berharap keadaan banjir kembali reda tidak lama lagi khususnya menjelang musim pilihan raya.

“Saya berharap pilihan raya ini nanti tidak terjejas dengan hujan berpanjangan dan kejadian air pasang besar,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya sebanyak dua pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di Sepupok Niah dan di Bekenu.

“Saya bersama Adun Bekenu, Datuk Rosey Yunus telah memulakan penghantaran bakul makanan kerana kebanyakan penduduk enggan berpindah ke PPS ekoran bimbangkan harta benda dan keselamatan mereka.

Baca lain  Rela barisan hadapan jaga kampung

“Untuk itu kita juga meminta pihak APM dan sukarelawan membantu proses penghantaran bakul makanan,” katanya lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

9 Jun 2023

Berita Terbaru