ARTIKEL

Fahmi menyediakan juadah laksa, sekali gus merasmikan Program Sembang Santai Fahmi Fadzil Bersama Komuniti MADANI di King Laksa Metrocity.

Guna satelit ganti menara untuk liputan lebih luas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan satelit untuk dijadikan sebagai menara bagi menghubungkan capaian liputan secara terus ke telefon, kata menterinya, Fahmi Fadzil.

Menurutnya, teknologi tersebut tidak memerlukan sebarang pembinaan menara telekomunikasi dan ia sesuai dengan usaha untuk mendapatkan 100 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

Fahmi ketika ditemui pemberita.

“Satelit ini akan dijadikan sebagai menara untuk capaian liputan telekomunikasi tanpa memerlukan telefon jenis satelit.

Kalau ia berjaya dilaksanakan di Malaysia, insya-Allah di mana-mana sahaja ada liputan termasuk di tengah-tengah laut atas gunung dan sebagainya.

“Bagaimanapun, liputan ini hanya dapat menyokong perkhidmatan panggilan telefon, penghantaran mesej, WhatsApp dan bagi tujuan kecemasan sahaja.

Penggunaan aplikasi seperti TikTok tidak dapat digunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sambil menyempurnakan Program Sembang Santai Fahmi Fadzil Bersama Komuniti MADANI di King Laksa Metro City di sini, semalam.

Menurutnya, teknologi tersebut sangat baharu dan belum digunakan, selain hanya terdapat sekurang-kurangnya tiga syarikat yang boleh melaksanakan inisiatif tersebut di seluruh dunia.

“Hal ini sudah dibincangkan dengan syarikat berkaitan dan setakat ini, kita belum ada menerima permohonan daripada mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau memberitahu penggunaan teknologi baharu seumpamanya penting untuk mendapatkan liputan 100 peratus seperti yang dihasratkan.

BERITA LAIN

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu