ARTIKEL

Guna teknologi Jepun bangunkan tenaga hijau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Inisiatif Sarawak membangunkan teknologi hijau bakal memberi manfaat terhadap keselamatan tenaga, makanan dan alam sekitar.

Sarawak merupakan wilayah paling aktif dalam aktiviti pembangunan teknologi hijau.

Itu kata Duta Besar Jepun Ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko ketika melakukan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap Sarawak akan menjadi pusat perkembangan aktiviti itu dengan menggunakan teknologi Jepun.

Malah ujarnya, projek penting itu tidak mungkin berjaya tanpa sokongan Premier Sarawak.

Kunjungan tersebut bertujuan merakamkan penghargaan kepada kerajaan Sarawak atas sokongan yang diberikan sempena pembukaan Chitoce Carbon Capture Central.

Mengulas lanjut, Takahashi berkata, sehingga kini terdapat 30 syarikat Jepun beroperasi di negeri ini termasuk Chitoce Carbon Capture Central yang merupakan sebuah projek kerjasama antara Jepun dan Sarawak.

Dalam perkembangan lain kunjungan hormat itu turut membincangkan perkara berkaitan gas asli cecair (LNG) dan beliau berharap jalinan kerjasama ini diteruskan kerana Jepun merupakan antara negara yang mengimport LNG dari Sarawak.

“Saya juga berharap lawatan kali ini juga mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara Jepun dengan Sarawak terutamanya dalam bidang perniagaan,” katanya.

Terdahulu, Takahashi dan rombong diberi taklimat berkaitan penubuhan Petronas dalam lawatan pertama Kompleks LNG Petronas di Tanjung Kidurong sebelum dibawa meninjau persekitaran loji itu.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

BERITA TERBARU