ARTIKEL

SERAHKAN CEK…Awang Tengah (dua kiri) menyampaikan cek kepada salah seorang pemilik sambil disaksikan oleh Nancy Shukri (kiri) sempena Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong, di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Wisma Adenan.

Guna wang pampasan untuk pendidikan anak-anak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Penerima wang pampasan untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong disarankan untuk menggunakan pampasan tersebut dengan sebaiknya.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, wang pampasan tersebut boleh digunakan dengan memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak sehingga dapat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi.

Ini kerana katanya, dunia pada masa kini telah berubah dan menggunakan teknologi baharu, justeru memerlukan pelajar dilengkapi dengan ilmu dan kemahiran teknologi tersebut.

SERAHKAN CEK…Awang Tengah (dua kiri) menyampaikan cek kepada salah seorang pemilik sambil disaksikan yang lain sempena Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong, di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Wisma Adenan.

“Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah bercakap tentang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), pelabur-pelabur juga menggunakan teknologi baharu.

“Jadi kita mahu anak-anak kita ada pelajaran dan kemahiran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong, di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Wisma Adenan, di sini, hari ini.

Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar berkata, Kerajaan Sarawak tidak akan mengambil tanah rakyat yang terlibat dengan projek rakyat secara percuma.

Baca lain  Unimas hanya membenarkan pelajar tahun akhir, pascasiswazah penyelidikan dan pelajar berasal dari Sarawak kembali ke kampus
UNTUK ALBUM…Awang Tengah merakam gambar kenangan bersama-sama penerima cek dan ketua masyarakat dan ketua kaum sempena Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah Bagi Pengambilan Balik Tanah untuk Projek Pembangunan Pengangkutan Awam dan Kenderaan Transit Aliran Autonomi (ART)-Depot Sungai Batu, Santubong, di Dewan Auditorium Yayasan Sarawak, Wisma Adenan.

“Tiada undang-undang boleh memperuntukan pengambilan atau penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi,” jelasnya.

BERITA LAIN

Program TVET mampu lahirkan graduan premium

KUCHING: Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mampu melahirkan graduan yang premium selepas tamat pengajian, kata Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mohammad Yusof Apdal.

Tambah guru pelatih dan guru di Sarawak  

KUCHING: Kementerian Pendidikan dituntut untuk menambah bilangan guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pengisian kekosongan jawatan guru di negeri ini.  Menteri Pendidikan, Inovasi

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,