ARTIKEL

Munir Anaam dari Institut Akhbar Malaysia (MPI). - Foto: UKAS

Gunakan kewartawanan data dan AI untuk sampaikan maklumat sahih dan berita lebih baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kewartawanan data atau ‘data journalism’ penting dalam setiap organisasi media untuk menyampaikan maklumat dan berita yang sahih.

Munir Anaam dari Institut Akhbar Malaysia (MPI) berkata kewartawanan data sangat penting dan efisien serta mampu membantu wartawan dalam penulisan berita, pemeriksaan fakta atau pencarian maklumat.

“Data boleh dikatakan seperti alat, ia seperti kod, seperti foto, seperti video. Wartawan boleh menggunakan semua alat ini untuk meningkatkan kerja (penulisan) mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk ‘Kebangkitan Kewartawanan Data dan Alat Kecerdasan Buatan (AI)’ pada Persidangan Media Sarawak (SMeC) 2024 sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 di sini semalam.

Bagaimanapun, Munir menegaskan bahawa wartawan tidak sepatutnya terlalu bergantung kepada AI dalam penghasilan sesuatu berita.

“Anda sepatutnya berkawan dengan AI dan menghasilkan kerja yang baik untuk menceritakan kisah dengan lebih baik.

“Jangan gunakan AI dan letakkan semuanya (bergantung sepenuhnya) pada AI.

“Wartawan tidak sepatutnya berbuat demikian. Kita tahu implikasi penggunaan AI dalam penulisan berita adalah besar,” ujarnya.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU

Perdana Menteri China akan lawat Malaysia

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri China Li Qiang akan mengadakan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia dari Selasa hingga 20 Jun. Ini merupakan lawatan pertamanya ke