KUCHING: Kehebatan pasukan Guntoi ternyata sukar ditandingi apabila berjaya muncul juara Pertandingan Pangkah Gasing Piala Ahli Parlimen P.204 Betong, Datuk Robert Lawson Chuat 2022.
Mengenepikan kewibawaan pesaing hebat, TTE selaku naib juara pada saingan akhir yang berlangsung di gelanggang gasing Kampung Spaoh, Betong, pada hujung minggu lalu.
Kejayaan itu sekali gus membolehkan pemain pasukan Guntoi membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala.
Berbanding wang tunai RM700 beserta piala diterima pemain pasukan TTE.
Sementara itu, pasukan CCM dan BRO 96 yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing membawa pulang wang tunai RM300 termasuk piala selaku pemenang tempat ketiga bersama.
Pertandingan yang berlangsung selama tiga hari (11, 12 dan 13 Mac) itu dianjur oleh Kelab Sukan Gasing Spaoh dengan objektif memberi ruang kepada peminat sukan tradisional dari kawasan terbabit mengetengah bakat mereka.
Usaha menganjur pertandingan tersebut juga secara tidak langsung menjadi landasan terbaik melahikan bakat baharu dalam sukan gasing.
