ARTIKEL

Kredit: BPPTKG

Gunung Merapi di Pulau Jawa muntahkan lava, piroklastik sejauh 1.5 kilometer

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA,: Gunung Merapi antara gunung berapi paling aktif di Jawa Tengah dan Yogyakarta baru-baru ini memuntahkan lava dan aliran piroklastik sehingga 1.5 kilometer dari puncak.

Aliran-aliran ini mengalir ke arah hulu sungai berdekatan, mendorong pihak berkuasa mengeluarkan amaran kepada penduduk setempat.

Balai Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi Kebencanaan Geologi (BPPTKG) memaklumkan aliran itu menuju ke Sungai Bebeng pada 8.55 malam (waktu tempatan) Selasa.

“Gunung berapi itu mengeluarkan asap putih bertekanan rendah, mencapai ketinggian 25 hingga 50 meter.

Terdapat satu aliran piroklastik dan 11 aliran lava, semuanya mengarah ke barat daya dengan jarak maksimum 1.5 km, menurut laporan terkini BPPTKG pada Rabu.

“Unjuran bahan gunung berapi sekiranya berlaku letusan boleh mencapai radius tiga kilometer dari puncak,” menurut agensi itu ambil menambah bahawa aliran magma yang berterusan boleh mencetuskan lava dan piroklastik dalam zon bahaya.

Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai berjaga-jaga dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, memandangkan status Amaran Gunung Merapi pada Tahap III sejak November 2020.

BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU