ARTIKEL

Gunung Merapi meletus enam kali

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Gunung Merapi yang terletak di sempadan wilayah Jawa Tengah dan Yogyakarta meletus enam kali pada Khamis dengan memuntahkan lahar sehingga 1.5 kilometer.

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Bencana Geologi (BPPTKG) menggesa penduduk berhampiran supaya sentiasa berwaspada dan menasihatkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti dalam zon bahaya.

Menurut Ketua BPPTKG Yogyakarta, Agus Budi Santoso unjuran abu gunung berapi semasa letusan boleh menjangkau sehingga tiga kilometer dari puncak.

“Aliran lahar dan piroklastik menimbulkan ancaman kepada kawasan barat daya dalam lingkungan lima hingga tujuh kilometer dan tenggara dalam lingkungan tiga hingga lima kilometer,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemerhatian yang dijalankan oleh BPPTKG Yogyakarta dari tengah malam hingga 6 pagi waktu tempatan menunjukkan aliran lahar bergerak ke arah barat daya.

Pusat itu mengekalkan status Gunung Merapi pada Tahap III atau Amaran, menunjukkan risiko berterusan dari gunung berapi berkenaan Merapi  juga dikenali sebagai “Gunung Api” mempunyai ketinggian 2,891 meter.

Bernama

BERITA LAIN

Sejuta penduduk Malaysia alami kemurungan

PUTRAJAYA: Sejuta atau 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami kemurungan, demikian menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 yang dikeluarkan pada Khamis. NHMS 2023:

BERITA TERBARU

Tarikan aktiviti pendakian

MENDAKI merupakan salah satu cara terbaik untuk meluangkan masa dan mengurangkan tekanan. Aktiviti ini sesuai dilakukan secara berkumpulan untuk bersama-sama menikmati keindahan alam semula jadi.

Perodua pamer prototaip EV pertama di Malaysia Autoshow 2024

SERDANG, Selangor: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mengorak langkah dalam pembangunan teknologi elektriknya dengan memperkenalkan prototaip kenderaan elektrik (EV) pertamanya, Myvi Conversion. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk