ARTIKEL

Gunung Ruang meletus: Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Manado tutup

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Letusan Gunung Ruang di Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara, telah menyebabkan penutupan sementara Lapangan Terbang Sam Ratulangi di Manado, kira-kira 100 kilometer dari sini, disebabkan aspek keselamatan.

Lapangan terbang itu ditutup sehingga diberitahu kelak selepas abu gunung berapi dikesan semasa pemerhatian lapangan dan ujian kertas yang dijalankan pada 7 pagi WIT.

“Kami memohon maaf atas kelewatan pelepasan penumpang, ini kejadian semula jadi di luar kawalan kami,” kata Maya Damayanti, pengurus besar lapangan terbang itu, seperti dipetik agensi berita Indonesia Antara.

Penerbangan dari Manado ke Jakarta, Makassar dan Sorong, serta ketibaan dari China dan Ternate, kini mengalami kelewatan.

Pusat vulkanologi negara, PVMBG menaikkan status Gunung Ruang kepada Tahap IV atau ‘Amaran’, pada Rabu 9 pagi sebagai tindak balas kepada peningkatan aktiviti gunung berapi sejak awal bulan.

Penduduk berhampiran Gunung Ruang diminta keluar dari kawasan dalam radius enam kilometer dari pusat kawah aktif gunung berapi itu. 

Pada 16 April pukul 9.45 malam, letusan letupan berlaku dengan ketinggian dianggarkan 2,000 meter dari puncak, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB).

Jurucakapnya, Abdul Muhari menjelaskan dalam satu kenyataan bahawa keadaan bertambah buruk, dengan abu mencecah 2,500 meter pada 17 April, jam 1.08 pagi.

Satu lagi letusan letupan berlaku pada 9.15 malam, dengan abu mencecah kira-kira 3,000 meter, disertai bunyi gemuruh dan gegaran.

Laporan daripada Agensi Pengurusan Bencana Wilayah Sitaro menunjukkan bahawa letusan itu menyebabkan abu serta batu dan kerikil, sampai ke penempatan pantai di Tagulandang.

“Beberapa penduduk cedera akibat letusan ini dan menerima rawatan rapi,” kata Abdul Muhari.

Sekurang-kurangnya 828 penduduk termasuk 506 dari kampung Laingpatehi dan 322 dari kampung Pumpente dipindahkan ke lokasi yang lebih selamat, katanya.

– Bernama

BERITA LAIN

Mokhber presiden sementara

TEHRAN: Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam

Periksa syarikat produk rempah tercemar

MUMBAI: Lembaga rempah kerajaan India telah melakukan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat pengeluar rempah terkemuka berikutan larangan asing susulan tuduhan beberapa produk telah dicemari

Sekolah di Pakistan ditutup 7 hari

ISLAMABAD: Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh hari dari 25 hingga

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.