Trending

Guru Bahasa Iban di Sarawak tidak mencukupi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menambah kuota guru mengajar subjek Bahasa Iban di Sarawak, yang kini tidak mencukupi.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Jugah Muyang berkata langkah itu bagi mengatasi kekurangan guru Bahasa Iban yang amat ketara di sekolah-sekolah di Sarawak.

Pada masa sama, beliau juga menggesa agar ramai guru di Sarawak dilatih secukupnya serta mengambil jurusan Bahasa Iban di institu-institut perguruan sedia ada.

“Saya mencadangkan untuk mengatasi masalah ini agar KPM mengambil semula guru-guru Bahasa Iban yang sudah bersara untuk mengatasi kekurangan guru-guru Bahasa Iban buat sementara waktu dan tenaga sokongan kepada guru yang sedia ada.

“Mereka ini adalah tenaga mahir berpengalaman, yang pernah menghadiri kursus, bengkel dan taklimat subjek berkenaan anjuran KPM,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Jugah, sekiranya masalah itu tidak ditangani, ia dibimbangi menjejaskan usaha untuk meningkatkan penguasaan bahasa Iban di kalangan generasi muda Sarawak memandangkan bahasa itu sudah diiktiraf dalam sukatan pelajaran negara.

Di Sarawak, seramai 2,240 orang guru Bahasa Iban diperlukan di mana masalah kekurangan tenaga pengajar itu boleh menjadi lebih kritikal apabila guru-guru yang berkhidmat sekarang bersara.

“Kekurangan guru dalam subjek Bahasa Iban akan menjadi isu kritikal dalam pendidikan sekiranya gagal diselesaikan secara komprehensif oleh KPM,” katanya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Buruh paksa moden

SEKALI-SEKALA media melaporkan pekerja asing, termasuk pembantu rumah di negara

Gibran di mata Prabowo

PEMILIHAN presiden (Pilpres) Indonesia berlangsung 14 Februari 2024. Sejumlah survei

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru

Regu Azam raja libas

REGU Azam dari Bintulu muncul juara Kejohanan Raja Pisak Ragak