ARTIKEL

Guru diperdaya ‘Puan Maisarah SKMM’ rugi RM150,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SARATOK: Seorang guru di Saratok mengalami kerugian lebih RM150,000 setelah diperdaya “Puan Maisarah” yang mendakwa diri kononnya sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) menerima laporan berkait penipuan telefon itu pada Selasa.

Menurutnya, mangsa yang berusia awal 30-an telah melakukan 19 transaksi pemindahan wang berjumlah RM125,000 secara berperingkat ke dalam tujuh akaun bank suspek.

“Ia berlaku bermula pertengahan Oktober sehingga pertengahan November lalu.

“Kali terakhir mangsa memberikan RM29,000 pada Isnin lalu, dengan suspek meminta wang tersebut dibaling ke kawasan semak berhampiran simpang Saratok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, mangsa yang telah mengikut arahan suspek kemudian menyedari ditipu apabila mendapati wang yang dibaling sudah lesap ketika berpatah balik.

Terdahulu tambah Mancha, mangsa mula menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 19 Oktober lalu dengan suspek memperkenalkan diri sebagai Pusan Maisarah daripada SKMM dan mendakwa nombor telefon mangsa diguna untuk iklan palsu di sekitar Seremban.

“Mangsa selepas itu disambungkan ke beberapa individu dan diarah melakukan pemindahan wang ke akaun bank yang diberikan kononnya bagi siasatan pihak Bank Negara Malaysia.

“Mangsa yang panik terus memenuhi kehendak suspek,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta