ARTIKEL

Guru luar biasa

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAGI menghargai sumbangan pendidik, TVS tampil dengan dokumentari Guru Luar Biasa terbitan YG Films Sdn Bhd bermula 15 Mei lalu.

Penerbit, Yusmal Ghazali berkata, dokumentari bersiri ini memaparkan perkongsian pengalaman guru yang pernah berkhidmat di Sarawak.

Dalam dokumentari ini juga memaparkan kisah guru dari Semenanjung Malaysia yang berkhidmat di sekolah pedalaman dan kisah guru kelahiran Sarawak yang memberi inspirasi kepada pelajar dan mencapai kejayaan di luar jangkaan di sekolah tersebut.

Menurutnya, terdapat enam episod menarik dalam dokumentari ini.

Episod pertama berjudul Ustaz Spiderman — menceritakan kisah Cikgu Muhammad Tarmizi yang lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Spiderman’.

Guru yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan ini menunjukkan kegigihan membawa watak adiwira Spiderman yang diminati kanakkanak.

Ia dilakukan demi menarik minat dan semangat murid di SK Kg Kut, Pulau Bruit untuk hadir ke sekolah.

Episod kedua berjudul Dari KL ke Kapit. Kisah Cikgu Norizma Harliana yang hingga kini masih berkhidmat di penempatan pertamanya iaitu SK Nanga Tiau, antara sekolah paling jauh di pedalaman Daerah Kapit.

Episod ketiga, Pedalaman ke Kebangsaan, kisah Cikgu Kalai Ampi berasal dari Pulau Bruit dan mengajar di SK Nanga Tau, Tatau.

Guru Bahasa Melayu ini juga aktif sebagai guru tarian dan melatih pelajar untuk mewakili Sarawak ke Pertandingan Tarian Rampaian Tradisional di Peringkat Kebangsaan 2023.

Episod keempat, Cinta Beralih Arah, Cikgu Rubananthan Paramasveran berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Beliau belajar dalam bidang pentadbiran perniagaan, akhirnya memasuki bidang pendidikan dan jatuh cinta dengan kerjaya guru.

Setelah mengajar di Sarawak sejak 2012, sekarang beliau merupakan Pemangku Guru Besar di SK Batu Bungan, Mulu.

Pernah berkhidmat di Long Terawan dan Long Panai. Episod lima, Inspirasi Professor X — Cikgu Nazmi, seorang guru Bahasa Inggeris, dari SK Long Sebangan, Lawas.

Beliau memperkenal pelbagai senario di dalam kelas dengan menggunakan bahan yang mudah didapati, seperti membina kolam renang dengan 200 beg plastik.

Akhir sekali, episod enam berjudul Kedai Runcit Cikgu. Cikgu Anne Margarette dari SK Belipat, Lawas, ialah guru pemulihan.

Beliau menghasilkan sebuah kedai runcit dipenuhi dengan hadiah. Setiap muridnya yang mengumpul ‘pelekat’ diberi peluang untuk menebus hadiah di kedai runcit tersebut.

Dokumentari ini bersiaran setiap rabu pada jam 5.30 petang di TVS. 

BERITA LAIN

Meerqeen bermisai

PELAKON, penyanyi dan model, Meerqeen atau Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam menarik perhatian ramai apabila tampil dengan imej baharu seperti “Sarjan Misai”.  Menerusi video tular

Karina Aespa dilatih jadi pramugari

PENYANYI Korea Selatan, Karina Aespa mendedahkan dia pernah bercitacita mahu menjadi pramugari dan memasuki akademi bahasa Cina.  “Saya pada asalnya dilatih untuk menjadi pramugari. Saya

Himpun irama Melayu Sarawak

BERTEMAKAN “Tiada Yang Lama, Tiada Yang Baharu”, Konsert Getaran Kesenian Melayu Sarawak anjuran Pertubuhan Anak Seni Bandarsah Kuching (PASBK) berjaya menampilkan enam kesenian irama tradisional

Kim Soo Hyun sertai jelajah Asia

KIM SOO HYUN sekali lagi membuktikan dirinya ialah bintang popular dunia dan realiti menerusi drama Queen of Tears dengan memulakan lawatan bertemu peminat bermula di

Prilly Latuconsina kongsi rahsia kekal wangi

PELAKON dan penyanyi Indonesia, Prilly Latuconsina mendedahkan rahsia kekal wangi yang tidak memerlukan modal besar. “Saya selalu memberitahu peminat bahawa minyak wangi tidak semestinya berharga

BERITA TERBARU

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat