Trending

Guru pemacu impian Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
TAHNIAH... Jerip (dua dari kanan) disaksikan Dr Adam menyerahkan sijil penghargaan kepada Moreeca Anggo dari SMK Penrissen sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang PPD Padawan Tahun 2022.

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian sebagai negeri maju menjelang tahun 2030.

Justeru, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan) Datuk Dr Jerip Susil menyeru agar semua warga kerja pendidik untuk terus memberikan perkhidmatan efektif, berakaintabiliti, intergriti, amanah dan progresif.

“Dalam berdepan dengan ekosistem pembangunan negara yang semakin mencabar dan kompleks, penjawat awam perlu melengkapkan diri dengan keupayaan berfikir dan membuat keputusan dengan cepat, tepat dan bijaksana.

“Malah, Kerajaan Sarawak melalui Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) berperanan secara signifikan dalam memacu bakat pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022 di Hotel Imperial, pada Jumaat.

Tegasnya, adalah pemting bagi pelajar untuk dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah sukar, mengumpul nilai bukti serta memahami maklumat.

Jelasnya, perkara itulah menjadi kemahiran yang diperolehi pelajar menerusi STEM sekali gus selari dengan hasrat TEGAS untuk memperkasakan pelajar dalam bidang keusahawanan dan teknologi.

Pada masa sama, Jerip menegaskan perkhidmatan awam merupakan tulang belakang kepada negara.

“Justeru, sebagai penjawat awam adalah tanggungjawab kita bersama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau mendedahkan Sarawak terus mencatat pertumbuhan ekonomi yang baik apabila merekodkan pendapatan sebanyak RM5 bilion pada suku pertama tahun ini.

Terdahulu, seramai 252 orang terdiri dalam kalangan guru dinobatkan sebagai penerima Anugerah APC 2022 pada majlis sama.
Hadir sama Pegawai Pendidikan Padawan Dr Abang Adam Abang Deli.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 December 2023

Berita Terbaru