Trending

Guru pukul pengetua dengan selipar

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BIHAR: Ia bermula dengan pertikaman lidah antara pengetua sekolah Kanti Kumari dengan seorang guru gred kedua Anita Kumari.

Tidak lama kemudian ia bertukar menjadi pergaduhan fizikal besar-besaran.

Puncanya, kerana sebuah tingkap kelas tidak ditutup selepas sesi sekolah tamat.

Dalam video yang tular, Anita kelihatan memukul pengetua dengan selipar.

Seorang lagi guru masuk campur dan kelihatan menindih pengetua.

Sementara Anita memukul Kanti bertubi-tubi dengan selipar, guru yang satu lagi menggunakan kayu.

Pelajar kelihatan menyaksikan pergaduhan itu menerusi tingkap bilik darjah.

Akhirnya, beberapa kakitangan sekolah berjaya memisahkan guru-guru terbabit.

Menurut laporan ANI, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka berdasarkan siasatan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru