ARTIKEL

Guru rugi RM270,000 akibat pelaburan tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang guru di Daerah Serian berputih mata apabila wang berjumlah RM270,000 lesap akibat terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya menerima laporan pada semalam daripada wanita berumur pertengahan 40-an tersebut.

Katanya, mangsa tertarik dengan iklan pelaburan saham ketika melayari Facebook pada awal September lalu kemudiannya berurusan dengan seorang perempuan yang memperkenalkan diri sebagai Chryseis.

“Mangsa dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsAppp atas nama A80. Dalam kumpulan tersebut, setiap hari Isnin, Khamis atau Ahad, mangsa akan diminta untuk mengikuti kelas melalui laman sesawang VIP.ASD41.COM/RK untuk belajar cara-cara membuat pelaburan tersebut.

“Bagi tujuan pendaftaran, mangsa telah memuat naik gambar kad pengenalannya dalam aplikasi tersebut.

“Mangsa yang berminat telah ditawarkan pulangan keuntungan sebanyak 10 peratus setiap kali membuat pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mancha berkata, mangsa kemudiaannya telah melakukan sembilan kali transaksi pindahan wang secara berperingkat bermula pertengahan November sehingga hujung bulan sama kepada dua akaun bank berbeza.

Beliau berkata, setelah membuat sesuatu transaksi, mangsa akan menjual atau membeli saham menggunakan aplikasi FTSE dan melalui aplikasi itu juga mangsa akan dapat melihat turun naik saham yang dibeli.

“Mangsa sedar ditipu apabila pada 29 November lalu mangsa wang dalam akaun FTSE tidak dapat dipindahkan ke dalam akaun bank simpanan mangsa.

“Disebabkan itu, mangsa telah membuat semakan dengan syarikat Shroders Singapura dan diberitahu bahawa syarikat Shroders Singapura tiada menyediakan perkhidmatan jual beli saham,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta