Guru SMK Dalat harumkan Sarawak

DALAT: Seorang guru dari SMK Dalat berjaya mengharumkan nama Sarawak dalam Pertandingan Cetusan Idea Kreatif dan Inovatif Bicara Tuntas Peringkat Kebangsaan 2020.

Abdul Gafar Mahdi, 33, meraih kedudukan tempat ketiga dalam pertandingan anjuran Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Sultan Mizan itu. K

eputusan pertandingan itu diumumkan oleh pihak jawatankuasa penganjur pada Ahad, melalui laman Facebook IPGK Sultan Mizan.

Pertandingan itu diadakan secara maya, iaitu setiap peserta perlu membuat video yang berdurasi maksimum tiga minit, bertemakan PdPc era pandemik. Subtemanya pula ialah Revolusi IR4.0: Kreativiti PdPc Pemangkin Inovasi.

Video bicara tuntas itu seterusnya disiarkan di Facebook masing-masing disertakan dengan tanda pagar #bicaratuntasipgkwm2020.

Tempat pertama dimenangi oleh Tamil Selvy Arunasalam (Johor), tempat kedua, Suziyana Hashim (Perak) dan tempat ketiga Abdul Gafar Mahdi (Sarawak).

Selain itu, Gafar juga berjaya meraih hadiah bagi kategori “like” terbanyak.

Pertandingan itu diadakan bagi mencungkil bakat, kreativiti dan inovasi para guru dalam menjalankan pdpc secara maya dalam tempoh PKP dan PKPP, berikutan penularan wabak Covid-19 di negara sejak awal tahun ini.