ARTIKEL

Guru taska pantas padam pendingin hawa terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Tindakan pantas guru Taska Sedidik Unimas, Jalan Ensurai, di sini berjaya memadam kebakaran seunit penghawa dingin pada tengah hari tadi daripada berlaku kejadian tidak diingini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan digerakkan ke lokasi sejurus menerima laporan pada jam 12.49 tengah hari.

“Setibanya di lokasi kejadian, kebakaran melibatkan seunit pendingin hawa yang telah terbakar lima peratus dikenal pasti dan berlaku kerosakkan air.

“Guru yang bertugas memadam kebakaran menggunakan empat unit alat pemadam api jenis debu kering (ABC) dan sistem semburan air automatik telah aktif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, ketika kejadian, terdapat 15 orang guru dan 58 orang pelajar berada di taska berkenaan.

“Seorang pelajar cedera ringan selepas terjatuh ketika keluar dari bilik darjah untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Beliau berkata, pasukan bomba melakukan pemeriksaan dan menjalankan pemantaun di lokasi bagi memastikan api dipadam sepenuhnya dan bertolak balik ke balai setelah memastikan keadaan selamat.

PANTAS…Guru taska yang bertugas memadam kebakaran menggunakan empat alat pemadam api jenis debu kering (ABC).

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan