PDRM cari Rizal, belasah pemborong sayur separuh mati

Guru terlepas pertuduhan amang seksual

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Amang seksual: Tertuduh (tengah) menarik nafas lega selepas mendengar keputusan Mahkamah Sesyen dan berbincang dengan peguam bela Shankar Ram (kanan), Russel Lim (dua kanan).
Amang seksual: Tertuduh (tengah) menarik nafas lega selepas mendengar keputusan Mahkamah Sesyen dan berbincang dengan peguam bela Shankar Ram (kanan), Russel Lim (dua kanan).

 

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang guru lelaki tanpa perlu membela diri atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap pelajar lelaki berusia 12 tahun, tiga tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap lelaki berusia 47 tahun itu di akhir kes pendakwaan.

Semasa di akhir kes pendakwaan, mahkamah mendapati saksi ketiga kes iaitu mangsa telah menimbulkan kekeliruan membabitkan lokasi kesalahan dilakukan serta memberi keterangan bercanggah.

Guru terbabit didakwa atas lima pertuduhan serta mengikut sekyen kanun keseksaan yang berbeza.

Mengikut pertuduhan pertama, kedua dan ketiga, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (SOACA) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan ketiga-tiga pertuduhan itu, dia didakwa melakukan amang seksual ke atas mangsa dalam sebuah tandas lelaki dan stor sebuah sekolah rendah di Petra Jaya, sekitar April hingga Julai 2019.

Sementara itu, pertuduhan keempat mengikut Seksyen 14(b) SOACA 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan juga sebat, jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan serangan seksual terhadap mangsa sama di sebuah tandas lelaki di sekolah sama, sekitar Ogos 2019.

Bagi pertuduhan kelima, tertuduh dituduh meransang mangsa untuk melakukan kelucahan melampau dalam satu kejadian di tandas lelaki sekolah yang sama antara April hingga Julai 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377E Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang dari tiga tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, mangsa menceritakan kejadian terbabit kepada neneknya dan kemudian memberitahu bapa mangsa.

Bapa mangsa seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan serta siasatan lanjut.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada tahun 2020, seramai enam saksi pendakwaan telah dipanggil untuk memberi keterangan termasuk mangsa, jurufoto polis, bapa mangsa, seorang guru wanita, guru besar dan seorang pegawai kanan polis.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Danial Mohamad Ali manakala tertuduh diwakili peguam Shankar Ram, Yu Ying Ying dan Russel Lim.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

29 Mac 2023

Berita Terbaru

Hias meja konsol

HIAS meja konsol harus mengambil kira ruangan bilik untuk memastikan