CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Guru tonggak kejayaan insan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

Kerjaya sebagai guru merupakan salah satu kerjaya yang termulia di sisi Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Tanpa adanya penyebar ilmu, tidak mungkin kita dapat melihat kemajuan serta kemo-denan pada masa kini.

Dan kesemua itu ialah titik peluh dan pengorbanan yang dilakukan oleh insan bernama guru.

Setinggi mana pun kejayaan yang dicapai oleh seseorang, pasti di belakangnya terdapat guru yang memperkenalkan kepadanya erti perjuangan.

Justeru, kita lihat bahawa guru sememangnya mempunyai pengorbanan besar dalam mendidik modal insan berjaya dunia dan akhirat. 

Bahkan pada masa kini kita dapat melihat secara realitinya guru terpaksa menempuh pelbagai ujian dan dugaan. 

Menjadi kewajipan kita memberi penghargaan selayaknya buat mereka bergelar guru dan sesiapa sahaja yang memberi ilmu pengetahuan kepada kita.

Dalam hadis, al-Imam Ahmad menjelaskan bagaimana Rasulullah SAW mendidik sahabat memberi hak dan penghormatan kepada guru.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Bukanlah dalam kalangan umatku mereka tidak memuliakan orang yang lebih tua, mereka yang tidak menyayangi anak kecil dan mereka yang tidak memberikan hak kepada guru kami.” (maksud hadis riwayat Imam Ahmad)

Baca lain  USAHA DAN LATIHAN

MARTABAT TINGGI 

Kedudukan yang dimiliki oleh guru sememangnya tidak dapat dinafikan akan ketinggian martabat yang dimiliki olehnya. 

Bahkan, Allah SWT sendiri beberapa darjat kepada para penuntut ilmu apatah lagi mereka yang menyumbangkan ilmu itu sendiri.

Daripada Uthman Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda: “Sebaik-baik kamu ialah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”.

(maksud hadis riwayat Bukhari)

Jikalau kita menelusuri hadis tersebut, kita dapati ucapan ringkas bahawa sememangnya tepat dan benar mengajar sebaik-baik pekerjaan yang manusia lakukan.

Hadis itu sebagai motivasi kepada para guru dan sesiapa sahaja yang menyebarkan ilmu kepada manusia.

Guru merupakan khazanah harta yang terlalu tinggi nilainya. Ia bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

“Manusia itu umpama barang galian seperti emas dan perak. Sebaik-baik mereka pada zaman kejahilan dulu juga menjadi sebaik-baik manusia setelah mengikut Islam jika mereka memahami Islam itu.” (maksud hadis riwayat Bukhari)

PAHALA BERPANJANGAN

Kelebihan yang dimiliki oleh sang guru ialah sentiasa berpanjangan pahalanya walaupun guru tersebut meninggal dunia. 

Baca lain  Kelestarian tenaga hijau untuk masa depan

Pahala atas ilmu yang disumbangkan berterusan sehingga hari kiamat.

Orang yang menunjukkan suatu kebaikan kepada seseorang seperti mengajar ilmu, maka dia juga memperoleh pahala sepertimana pahala orang yang diajar. 

Daripada Abu Mas’ud Uqbah bin Amir al-Ansari RA, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menunjukkan kepada kebaikan maka dia akan mendapat pahala sepertimana pahala orang yang mengerjakannya.” (maksud hadis riwayat Muslim)

Hadis riwayat Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan kebaikan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka dicatat baginya ganjaran semisal ganjaran orang yang mengikutinya dan sedikit pun tidak mengurangi ganjaran yang mereka peroleh. 

Sebaliknya, barangsiapa menjadi pelopor suatu amalan keburukan lalu diamalkan oleh orang sesudahnya, maka dicatat baginya dosa semisal dosa orang yang mengikutinya, tanpa mengurangi dosanya sedikit pun.” (maksud hadis riwayat Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut jelas kepada kita bahawa menyebarkan ilmu merupakan saham akhirat terbesar dan pahalanya sentiasa berterusan selagi ilmu itu disampaikan serta dimanfaatkan. 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Antioksida seimbang

Menurut portal rujukan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), antioksida ialah

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru