ARTIKEL

polis

Guru wanita di Saratok rugi RM150,000 diperdaya Maisarah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang guru wanita kerugian sebanyak RM150,000 selepas diperdaya oleh Maisarah, yang kononnya daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata mangsa berusia awal 30-an yang mengajar di Saratok itu telah menerima panggilan telefon daripada suspek pada 19 Oktober lalu, yang memperkenalkan diri sebagai Puan Maisarah dari SKMM.

Katanya suspek kemudian memberitahu mangsa bahawa pihak SKMM ada menerima aduan daripada orang ramai menyatakan nombor telefon mangsa telah digunakan untuk membuat iklan palsu di sekitar Seremban.

Beliau menambah, panggilan kemudian disambungkan ke beberapa individu dan diarahkan untuk membuat pemindahan wang ke akaun yang diberikan, kononnya bagi siasatan pihak Bank Negara.

“Mangsa yang panik telah membuat 19 kali transaksi pindahan wang sebanyak RM125,000 secara berperingkat ke dalam tujuh akaun bank suspek dari pertengahan Oktober hingga pertengahan November lalu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, Mancha berkata pada 4 November lalu, mangsa seterusnya diminta oleh suspek untuk mengeluarkan wang sebanyak RM29,000 dan membalingnya ke kawasan semak berdekatan dengan persimpangan P di Saratok.

Katanya mangsa yang menuruti arahan suspek itu kemudian berbuat demikian, dan apabila berpatah balik ke tempat berkenaan, dia mendapati wang itu tiada lagi.

“Ketika itu, baru mangsa sedar bahawa dia telah ditipu,” katanya.

Susulan itu, beliau berkata mangsa tampil membuat laporan polis semalam untuk siasatan dan tindakan lanjut.

LAIN-LAIN BERITA

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU