ARTIKEL

TERSEPIT… Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit.

Guru wanita maut, Hilux bertembung Axia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang guru wanita maut setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan pacuan 4×4 berdekatan Institut Memandu NB Motors Sdn Bhd di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Samarahan DSP Jaimi Husin berkata, mangsa, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pegawai penyiasat dan anggota trafik dari IPD Kota Samarahan telah ke lokasi setelah menerima maklumat pada jam 12.30 tengah malam.

“Sejurus tiba di lokasi, anggota mengesahkan kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu Toyota Hilux dan Perodua Axia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Jaimi, siasatan awal mendapati Toyota Hilux dari arah Kuching ke Serian yang dipandu seorang lelaki berusia 45 tahun telah hilang kawalan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Perodua Axia.

Katanya, akibat pelanggaran itu pemandu Axia seorang wanita berusia 53 tahun dan merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah Samarahan telah meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sementara itu, menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan, PBK I KUP Kam Leman, mangsa, Mary Peter, 53, dilaporkan tersepit di bahagian tempat duduk pemandu ketika kejadian.

Pihak bomba katanya, terus menjalankan operasi menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa.

“Wanita terbabit berjaya dikeluarkan pada 12.50 tengah malam dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Mangsa diserahkan kepasa pihak Polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada jam 1.30 pagi,” ujarnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual