ARTIKEL

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (tengah) | Bernama

Guru yang mahu buat kerja sambilan perlu minta kebenaran KPM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA NERUS: Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terlebih dahulu, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Fadhlina menyatakan bahawa satu garis panduan yang jelas telah ditetapkan mengenai perkara ini.

“Sebarang keperluan untuk kerja sambilan tidak boleh mengganggu tugas hakiki mereka dan tidak boleh dilakukan semasa menjalankan tugas rasmi,” katanya.

“Pesan saya, berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada.

Ini adalah komitmen kita untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara, dan kita memerlukan guru yang fokus di dalam kelas, khususnya dalam PdP,” tambahnya selepas Majlis Ramah Mesra bersama warga Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai lambakan pegawai perkhidmatan pendidikan yang menjalankan kerja sambilan.

Sementara itu, Fadhlina menafikan dakwaan bahawa permohonan guru untuk bertukar hanya lebih cepat dan mudah apabila tular di media sosial.

“Tidak betul. Proses mesti diikuti. Mana ada permohonan yang tidak mengikuti prosedur.

Keutamaan kita di KPM adalah keperluan pendidikan itu sendiri, iaitu pertukaran tidak boleh menjejaskan pendidikan.

Kita perlu melihat keseluruhan keperluan dan profesionalisme guru,” katanya.

Fadhlina menekankan bahawa sebarang pertukaran perlu mengambil kira ekosistem pendidikan, dengan keutamaan pada isu jarak jauh, keselamatan, kesihatan, dan sebab-sebab lain yang berkaitan dengan kebajikan guru.

“Setakat ini, pertukaran tertinggi adalah disebabkan pasangan jarak jauh,” tambahnya ketika menjawab isu mengenai guru ‘duka lara’.

Beliau menyatakan bahawa permohonan pertukaran penempatan mengajar dibuka sepanjang tahun, tetapi pertukaran hanya akan dilaksanakan semasa cuti sekolah. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan