Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

50 pelumba bakal berentap dalam perlumbaan Motorcross KBS 2022

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
IMBAS KEMBALI...Presiden SMA, Datuk Ahmad Ibrahim dan Pengarah JBS Negeri Sarawak, Lamat Ak Nyalau (duduk ditengah) selepas mesyuarat baru-baru ini.
IMBAS KEMBALI…Presiden SMA, Datuk Ahmad Ibrahim dan Pengarah JBS Negeri Sarawak, Lamat Ak Nyalau (duduk ditengah) selepas mesyuarat baru-baru ini.

KUCHING: Seramai 50 pelumba handalan akan berentap dalam Perlumbaan Motorcross KBS, MyFit@Motorsports Peringkat Zon 2022, Sarawak yang akan berlangsung di Litar Motorcross Sarikin, Bau bermula 16 hingga 18 Disember ini.

Pengerusi Perlumbaan, Bronnie Marshall berkata, pelumba yang akan mengambil bahagian nanti merupakan pelumba dari Kuching, Samarahan, Serian, Bau serta beberapa bahagian lain.

“Kita akan dapat menyaksikan pertembungan hebat pelumba handalan sepanjang tiga hari perlumbaan dilangsungkan,” ujarnya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Bronnie, perlumbaan terbabit dianjur oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dengan kerjasama Persatuan Sukan Bermotor Sarawak  (SMA), Rakan Teknikal SMA dan Kelab Motocross Region 1 Kuching.

Katanya, beberapa kategori dipertandingkan iaitu KBS MX Open, KBS MX 125, KBS MX Novice, KBS MX 125 (2 Stroke), KBS MX Veteran, KBS CKD Open dan KBS CKD 150 Below.

Katanya, saingan untuk tiga hari itu dilangsungkan dengan perlumbaan berbeza iaitu pada hari pertama, perlumbaan lebih kepada sesi pendaftaran dan latihan bebas untuk penyesuaian litar bagi pelumba terbabit.

Berbanding perlumbaan hari kedua untuk peringkat saringan awal manakala aksi penentu berlangsung pada hari ketiga (Ahad).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan