ARTIKEL

Ikut jejak pasukan Kuching City FC (KCFC)

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah

KOTA SAMARAHAN: Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berharap agar pihak pengurusan bola sepak di negeri ini dapat mengikut jejak pasukan Kuching City FC (KCFC).

Beliau mengakui kepimpinan yang dilaksanakan oleh Presiden kelab tersebut merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman jelas memberi impak positif kepada pencapaian kelab biarpun dikenali sebagai kelab pemula dalam kancah bola sepak negara.

“Harapan kita adalah sesiapa yang menjaga bola sepak jagalah sukan ini dari segi pentadbiran, atau dalam padang.

“Tahniah kepada KCFC kerana dapat mencatat sejarah sebagai pasukan Sarawak melangkah ke suku akhir Piala Malaysia,” katanya ketika diminta pemberita untuk mengulas mengenai prestasi semasa KCFC ketika ditemui di bangunan RISDA Samarahan, hari ini.

Tegasnya, kejayaan KCFC jelas menyemarakkan semula semangat peminat bola sepak tempatan menerusi bukti kunjungan lebih 20,0000 pengunjung di Stadium Negeri dalam perlawanan suku akhir, Sabtu lalu.

Justeru, beliau berharap agar sokongan tersebut diteruskan menjelang perlawanan kedua suku akhir Kuching City bertemu Sabah FC di Sabah pada hujung minggu ini.

“Saya seperti rakyat lain di Sarawak berdoa semoga Kuching City masuk ke peringkat peringkat yang lebih jauh,” ujarnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU