ARTIKEL

Op Selamat 19: 525 pegawai dan anggota trafik ditugaskan di 56 lokasi seluruh Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri

KUCHING: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Sarawak akan menempatkan pegawai dan anggota di 56 lokasi strategik dan dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di seluruh Sarawak, dalam sepanjang tempoh Op Selamat 19 sempena perayaan Tahun Baru Cina bermula 18 sehingga 27 Januari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata ia untuk memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas sedia ada.

“Sejumlah 525 orang pegawai dan anggota trafik akan ditugaskan untuk operasi ini,” katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, di sini hari ini.

Beliau menambah operasi khas selama 10 hari itu juga adalah untuk menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak ketika musim perayaan.

Sementara, Mohd Azman berkata jumlah kemalangan jalan raya di Sarawak menunjukkan peningkatan pada tahun lepas iaitu sebanyak 5,262 kes, apabila merekodkan 19,507 kes berbanding 14,245 kes pada tahun 2021.

Malah, katanya ia turut menyaksikan peningkatan bagi kemalangan maut iaitu sebanyak 33 kes, apabila merekodkan 341 kes berbanding 308 kes pada tahun 2021.

Baca lain  Banduan mati gantung diri di Penjara Pusat Sibu

Selain itu, beliau berkata jumlah kemalangan parah juga menunjukkan peningkatan sebanyak 41 kes, iaitu daripada 145 kes pada tahun 2021 kepada 186 kes pada tahun 2022.

“Punca-punca kemalangan adalah pertambahan jumlah kenderaan di atas jalan raya setelah Sarawak beralih ke fasa 4 Pelan Pemulihan Negara dan fasa endemik.

“Ia turut disebabkan kelalaian dan kecuaian pemandu sendiri seperti memandu laju serta faktor cuaca, jalan dan bentuk muka bumi,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Azman berkata sebanyak 21,068 saman telah dikeluarkan dalam sepanjang tempoh tahun lepas menerusi 906 operasi yang dijalankan oleh JSPT Sarawak.

Pada masa sama, beliau berkata sebanyak 129 tangkapan telah dibuat menerusi Op Mabuk yang dijalankan sepanjang tahun lepas.

Makanala, katanya sebanyak 123 tangkapan dilakukan pada tahun lepas menerusi 76 Op Samseng Jalanan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu/ menunggang secara melulu dan membahayakan.

“Sepanjang tahun 2022, JSPT Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 204,921 saman kepada pesalah lalu lintas atas pelbagai kesalahan trafik.

Baca lain  Gangguan bekalan air di Pusa

“Antara kesalahan paling banyak dikeluarkan saman adalah memandu laju (66,466), halangan/ letak kenderaan (46,442) dan berkaitan lesen memandu (18,908),” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU