ARTIKEL

Habuan lumayan menanti pemenang Final GP Joran Iftitah Resort& Restoran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Hadiah keseluruhan lebih RM20,000 termasuk sebuah motosikal menanti pemenang pertandingan memancing pantai anjuran 2019 anjuran Iftitah Restauran dan Resort pada 1 Disember ini.

Pengerusi penganjurnya, Ibnee Ekni berkata, juara Grand Prix (GP) Final itu bakal membawa pulang RM10,000, tempat kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000.

Menurutnya, tempat ke empat hingga 10 masing-masing menerima RM100 setiap seorang.

“Sementara juara GP terkumpul pula bakal membawa pulang sebuah unit motorsikal bernilai RM4,500, Naib Juara, Joran dan Spool (Rm1,700.00) dan ketiga, Joran (Rm700.00),” katanya kepada wartawan Suara Sarawak.

Beliau Penyertaan masih terbuka dan sesiapa berminat boleh mendaftar sebelum jam 5.00 petang pada 25 November ini.
Pada masa yang sama katanya, penganjur juga membuka penyertaan secara online kepada peserta dari luar kawasan Tanjung Manis.

“Mereka boleh memuat turun borang melalui Facebook rasmi Iftitah atau menggunakan aplikasi Whatsapp dalam format Dokumen Mudah Alih (PDF) daripada pihak pengelola,” katanya.

Beliau berkata, penganjuran pertandingan itu salah satu inisiatif memajukan sukan pancing di pantai Belawai, seterusnya memberi peluang kepada masyarakat setempat menjalankan perniagaan untuk menjana ekonomi.

Selain itu katanya, objektif penganjuran bermatlamat mengeratkan silaturahim antara komuniti setempat selain dapat memperkenalkan tempat menarik di Kampung Belawai.

Ujarnya, pertandingan itu satu produk baharu dilihat mampu menarik pelancong di samping mempopularkan Iftitah Resort sebagai salah satu pusat percutian popular dalam kalangan pengunjung khususnya di wilayah tengah Sarawak.

” Program itu juga bakal dimeriahkan dengan pelbagai acara sampingan yang menarik antaranya pertandingan karaoke, mewarna, jualan kanopi dan lain-lain lagi. Program bertambah seri dengan persembahan artis terkemuka Tegar Septian, Annisa Nur Fauzi dan Ambushed,” ujarnya.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

Jambatan Batang Paloh ubah rutin penduduk

DARO: Penantian penduduk sekitar Batang Paloh untuk menikmati perjalanan lebih mudah bakal berakhir dengan siapnya Jambatan Batang Paloh yang menggantikan kebergantungan terhadap perkhidmatan feri. Bagi

BERITA TERBARU