ARTIKEL

Had umur pengguna media sosial 13 tahun ke atas harus dipantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MENELUSURI zaman teknologi digital, boleh dikatakan hampir setiap lapisan masyarakat mempunyai akaun media sosial.

Ada pengguna media sosial seawal usia belasan tahun, khususnya mereka yang mempunyai akses Internet dan telefon pintar.

Sejauh manakah pemantauan terhadap pengguna bawah umur ini dilaksanakan?

Begitu juga keberkesanan pemantauan atau kawalan terhadap penggunaan telefon pintar yang boleh mengakses Internet secara bebas.

Ibu bapa atau penjaga bertanggungjawab memantau dan mengawasi aktiviti anak-anak mereka dalam memastikan had umur pemilikan akaun media sosial terhad kepada 13 tahun ke atas dipatuhi.

PEMANTAUAN

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kebanyakan penyedia media sosial mempunyai had umur pengguna akaun – hanya mereka yang berusia 13 tahun ke atas.

“Berdasarkan carian, memang X, Facebook, Instagram, WhatsApp dan TikTok meletakkan had umur minimum 13 tahun kecuali Telegram (16 tahun).

“Bagi memastikan syarat umur ini dipatuhi, ibu bapa ataupun penjaga bertanggungjawab memantau dan mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka,” katanya pada Sidang Dewan Rakyat sebelum ini.

Menurut Fahmi, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil serius peranan dalam keibubapaan dan meneroka kandungan serta platform alternatif.

Seperti yang dimaklumkan, dalam kalangan pelajar sekolah rendah, boleh dikatakan hampir 90 peratus kanak-kanak mempunyai akaun media sosial seperti Facebook, TikTok dan Instagram.

Walaupun ada garis panduan, tetapi ia tidak memadai.

Bahkan ia masih memerlukan pemantauan yang kerap bagi mengelak daripada sebarang perkara tidak diingini berlaku.

PROGRAM KESEDARAN

Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan Malaysia, iaitu CelcomDigi, Maxis, UMobile, Telekom Malaysia dan Time, untuk menyediakan perkhidmatan alatan perisian yang dikenali sebagai ‘Parental Control Tools’.

Ia membolehkan ibu bapa atau penjaga memantau, menapis, mengehad dan menyekat kandungan bagi aktiviti anak-anak dalam talian.

Ibu bapa atau penjaga juga boleh menggunakan perkhidmatan perisian lain bagi tujuan yang sama.

Bagi menangani risiko dan ancaman terhadap kanak-kanak, sama ada disebabkan oleh orang lain atau tingkah laku mereka sendiri, pelaksanaan program berbentuk pendidikan dan kesedaran tentang keselamatan Internet terus dipertingkat.

Antaranya ‘Klik Dengan Bijak’ dan ‘Sukarelawan ICT Malaysia’ di sekolah dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di seluruh negara melalui jalinan kerjasama dengan agensi lain.

Kerajaan juga membangunkan modul pendidikan berkenaan perlindungan dalam talian bagi ibu bapa, penjaga dan kanak-kanak.

Antaranya modul pendidikan keselamatan keluarga dan anak (PEKA), Smart Start 2.0 praperkahwinan dan program ekspresi anak remaja lestari (PEARL).

Jemaah Menteri pada bulan lalu bersetuju untuk mewujudkan satu jawatankuasa kerja yang meneliti cadangan penggubalan Rang Undang-undang baharu berkaitan kemudaratan jenayah dalam talian, termasuk aspek keselamatan dalam talian.

Ia untuk meneliti beberapa aspek, dan sekiranya perlu, akta akan dipinda dan tindakan akan diambil oleh MCMC yang bersifat segera.

Justeru, setelah pelaksanaan itu dibuat, ia menimbulkan satu lagi persoalan: sejauh manakah ia berkesan?

Setakat ini, tiada negara di dunia yang dapat mengawal penggunaan media sosial, terutamanya pelaksanaan verifikasi had umur pengguna.

BERITA LAIN

KUCING TERAPI AUTISME

TRAGEDI menimpa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang ditemui meninggal di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Selangor pada 6 Disember lalu menyentuh hati rakyat

16 jam ‘terperangkap’ di laut

SARAWAK terkenal dengan geografinya yang luas, begitu juga dengan perairannya antara terbesar di Asia. Atas faktor keluasan itu, maka tidak hairan perairan Sarawak memerlukan jumlah

Agrobank iktiraf sumbangan wartawan

AGROBANK melakar sejarah tersendiri apabila menganjurkan Majlis Anugerah Media Agrobank 2024 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya pada 29 Mei lalu Agrobank amat berbesar hati memberi

PROMOSI PERCUMA

SENJATA penting dalam perniagaan ialah promosi sebagai usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan. Promosi penting untuk memberitahu tentang jenama, produk atau perkhidmatan kepada

Kurangkan gula cegah obesiti

RAMAI yang masih menganggap obesiti bukan sejenis penyakit meskipun Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengklasifi kasikannya sebagai penyakit kronik dan epidemik. Senario ini menyebabkan lebih ramai

Keperluan pejabat cawangan KWSP

JIKA sebut tentang luar bandar, tentu kita terfikir kesukaran untuk mengakses beberapa perkara kerana lokasi yang agak jauh dari bandar. Mengambil contoh di Bahagian Mukah,

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan