SUPP ikrar kekal relevan, terus beri khidmat

Trending

Hadi, Nur Syakura johan qari dan qariah tilawah Al-Quran Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Qari dan qariah mewakili bandar Kuching, Hadi Mohd Sharkawi dan Nur Syakura Mohamad Musa dinobat sebagai johan Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali ke-62 1444M/2023H, di Dewan Suarah Bintulu, malam tadi.

Dengan keputusan itu, mereka masing-masing menerima hadiah wang tunai RM10,000, piala pusingan, piala iringan, hadiah iringan, sijil dan pakej menunaikan umrah.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyampaikan hadiah kepada johan qari Tilawah dan Menghafaz Al- quran Peringkat Negeri Sarawak Kali ke-62 1444H/2023M, Hadi Mohd Sharkawi.

Johan qari dan qariah ini juga akan mewakili Sarawak ke peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung pada Jun depan di Pulau Pinang.

Bagi naib johan qari, ia dimenangi Muhammad Hafiez Shafie (Samarahan) dan tempat ketiga Ahmad Mukhlis Yahya(Sarikei).

Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib menyampaikan hadiah kepada johan qariah Tilawah dan Menghafaz Al- quran Peringkat Negeri Sarawak Kali ke-62 1444H/2023M, Nur Syakura Mohamad Musa.

Roziah Ayub (Mukah) muncul naib johan qariah dan Farraliza Mohamad Musa(Miri) di tempat ketiga.

Naib johan kedua-dua kategori menerima  wang tunai RM7,000 beserta piala dan hadiah iringan dan sijil  manakala hadiah tempat ketiga pula membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM5,000, piala dan hadiah iringan serta sijil.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib bersama kenamaan lain merakam gambar dengan para pemenang Tilawah dan Menghafaz Al- quran Peringkat Negeri Sarawak Kali ke-62 1444H/2023M di Dewan Suarah Bintulu.

Pemenang saguhati pula menerima RM1,500, hadiah iringan dan sijil.

Sementara itu, hafiz dari Institusi Tahfiz Bintulu, Muhammad Najdat Arsyad Madzalan Abdul Rahman diumumkan Johan Hafazan bagi kategori 1 hingga 10 juzuk, manakala hafizah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama(SMKA) Putra Jaya Samarahan, Siti Asma Adenan dinobatkan sebagai johan.

Baca lain  'PdPR perlu diteruskan sehingga selamat untuk PdP bersemuka'

Bagi kategori 1 hingga 20 juzuk, hafiz dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Hj Othman Abd Wahab (SHOAW), Mohamad Khairunnaim Khalid meraih johan manakala hafizah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Nurul Izzah Mukhali muncul johan.

Seramai 37 peserta telah  memperdengarkan bacaan masing-masing pada majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak Kali Ke- 62 1444H/2023M yang akan  berlangsung dari 15 hingga 18 Mac ini di Dewan Suarah, di sini.

Masing- masing sebelas qari dan lapan qariah akan memperdengarkan bacaan dalam majlis tilawah manakala lapan peserta lelaki dan sepuluh peserta wanita mengambil bahagian dalam katogeri menghafaz al- quran.

Hadiah disampaikan Yang Dipertua Negeri, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

5 Jun 2023

Berita Terbaru