Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas merupakan acara tahunan bagi mengiktiraf karya-karya kewartawanan cemerlang sepanjang tahun.
Sementara itu bercakap kepada pemberita, Fahmi berkata pengiktirafan diberikan kepada wartawan dan petugas media itu, diharap mampu menyemarak semangat golongan tersebut untuk melaksanakan tugas secara lebih beretika.
“Selain itu, kementerian juga dengan MPI serta agensi media akan terus mencari ruang dan peluang memastikan isu-isu berkaitan media khususnya perihal etika dapat ditambahbaik,” katanya.
Berikut senarai penuh pemenang emas Hadiah Kewartawanan Malaysia MPI-Petronas 2022.
1. Esei Foto Cemerlang – Mohd Azlan Mat Sidek (Malaysia Gazette)
2. Foto Cemerlang – Mohamed Sairien Mohamed Nafis (The Vibes)
3.Infografik Terbaik – Mohamad Sany Misnan (Utusan Malaysia)
4. Laporan Berita Cemerlang – Farrah Naz Abd Karim (New Straits Times)
5. Penyiasatan Cemerlang -Aliza Shah Muhamad Shah (The Star)
6.Rencana Cemerlang – Nurul Isnaini Mohd Muslim (Bernama)
7.Desain Halaman Pertama Terbaik – Tung Eng Hwa (Majoriti7)
8. Kolumnis/Kritikan/Komentar Cemerlang – Martin Prasad Vengadesan
9. Alam Sekitar Cemerlang Petronas – Wong Siew Lyn, Law Yao Hua, Masjalizah Hamzah, Lee Kwai Han, Yeong Hui Jin dan Ushar Prakash Kaur Daniele (Macaranga)
10. Berita Video Cemerlang – Juliana Shahrin dan Mohd Jufri Mohd Judin (TV3)
11. Dokumentari Video Cemerlang – Chritine Lee Mei Chin dan Mohd Zahril Abdullah (TV3)
12 Laporan Radio Terbaik – Rosdi Omang (NASIONALfm)
13.Multimedia Terbaik – Lee Long Hui, Ooi Choon Nam, Yan Jing Tian, Syariman Badrulzaman, Andrew Ong Kok Heng dan Raveena Preet Kaur Nagotra (MalaysiaKini)
14.Wartawan Muda A.Samad Ismail (media cetak) – Sandhya Menon (The Star)
15.Wartawan Muda A.Samad Ismail (TV) – Andy Reza Rohadian Khairul Anwar (RTM)
16.Anugerah Khas Juri – James Alexander Ritchie (New Sarawak Tribune)
17.Hadiah Kajai – Yusmizal Dolah Aling (Harian Metro)
18.Tokoh Media – Datuk Henry Lau Lee Kong (Borneo Post)
— BERNAMA